Sunday, 8 January 2012

APAKAH YANG KITA PERLU TAHU MENGENAI SALAHLAKU JENAYAH YANG MEMBABITKAN KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR 18 TAHUN?

APAKAH YANG KITA PERLU TAHU MENGENAI JENAYAH KANAK-KANAK (JUVANA)

Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah. Sekiranya orang melakukan jenayah ini di bawah  umur 18 tahun, ie. golongan remaja, maka jenayah ini dikategorikan sebagai Jenayah Kanak-kanak (Jenayah Juvana).

Di Malaysia, apabila seorang kanak-kanak atau remaja (bawah 18 tahun) dirujuk kepada pihak berkuasa atas sebab sabit melakukan salahlaku jenayah, akan dibicara di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, di bawah Akta Kanak-Kanak (Akta 611).

Menurut subseksyen 2(1) Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611], “kanak-kanak” ertinya seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun dan berhubung dengan prosiding jenayah, ertinya seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan

Jenayah Kanak-kanak ini merupakan sesuatu yang makin membimbangkan semua pihak di seluruh Malaysia. Ia merupakan satu isu sosial yang penting kerana golongan ini mampu melakukan jenayah berat, namun mereka masih belum boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

Antara masalah besar yang dihadapi ialah siapakah yang bertanggungjawab dengan sikap golongan ini. Adakah pihak kerajaan semata-mata, bagaimana pula dengan tanggungjawab ibu bapa? Golongan ini mungkin belum matang dan masih bergantung pada ibu bapa mereka.

Sebenarnya dalam menyelesaikan kes jenayah juvana ini adalah berakar umbikan dari ibu bapa terlebih dahulu baru kita lihat dari aspek persekitaran, sekolah mahupun rakan sebaya.
Sama seperti jenayah yang membabitkan orang dewasa, jenayah kanak-kanak boleh dibahagikan kepada beberapa kategori (yang bertindan):
  1. Jenayah berat
  2. Jenayah komputer dan jenayah siber
  3. Jenayah terhadap manusia
  4. Jenayah ke atas harta benda
  5. Jenayah terhadap keselamatan negara
  6. Jenayah hakcipta dan paten
  7. Jenayah dadah
  8. Jenayah seksual
  9. Jenayah senjata

Undang-undang Jenayah Berbeza dari Undang-undang Akta Kanak-Kanak. Undang-undang jenayah adalah suatu jenis undang-undang yang mengawal kesalahan yang dilakukan terhadap masyarakat.
Undang-undang jenayah perlu dibezakan dengan dengan undang-undang sivil. Sebagai contoh sekiranya seseorang mencuri, maka undang-undang jenayah yang akan digunakan untuk mengawal atau mengurus si pencuri itu. Siasatan, tangkapan dan dakwaan akan dibuat berpandukan undang-undang jenayah. Kesalahan mencuri itu dikawal oleh undang-undang jenayah kerana kesalahan mencuri tersebut dianggap sebagai kesalahan terhadap masyarakat.

Manakala berbeza pula dengan keadaan apabila seseorang membeli barang secara kredit dan kemudian tidak membayar hutang kepada penjual barang pada tarikh yang dipersetujui. Maka undang-undang yang mengawal perkara tersebut adalah undang-undang sivil. Dalam situasi yang disebut di atas, ada beberapa undang-undang sivil yang boleh terpakai seperti undang-undang penjualan barang, undang-undang kontrak dan sebagainya. Undang-undang jenayah tidak akan digunakan untuk menentukan hak dan liabiliti penjual dan pembeli. Ini kerana urusan jual beli adalah dianggap aktiviti sivil antara individu.

Sumber Undang-undang Jenayah Di MalaysiaSumber utama undang-undang jenayah di Malaysia ialah:
1.Kanun Keseksaan (Penal Code)
2.Kanun Acara Jenayah (Criminal Procedure Code)
  Kedua-dua undang-undang yang disebut di atas adalah Akta Parlimen
 

No comments:

Post a Comment