1. APAKAH AKTA KANAK-KANAK 2001 (AKTA 611).
Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) telah diluluskan pada tahun 2001 dan mula berkuatkuasa sejak 1 Ogos 2002, Akta 611 ini memansuhkan tiga statut[1] yang terdahulu, iaitu Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 dan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973, dengan menggabungkan undang-undang berkaitan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak. Akta 611 ini mengukuhkan lagi undang-undang berkaitan perlindungan kanak-kanak, dan juga melindungi kepentingan-kepentingan kanak-kanak .
2. DEFINISI KANAK-KANAK
Menurut subseksyen 2(1) Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611], “kanak-kanak” ertinya seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun dan berhubung dengan prosiding jenayah, ertinya seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan.
3. APAKAH HAK SESEORANG KANAK-KANAK SELEPAS DITANGKAP OLEH PIHAK BERKUASA?
Menjadi kewajipan seseorang pegawai polis atau seorang lain yang melakukan tangkapan, sebaik sahaja selepas penangkapan seorang kanak-kanak, memberitahu Pegawai Akhlak dan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu tentang penangkapan itu. Polis perlu juga memberitahu Pegawai Akhlak atau ibu bapa/ penjaga kanak-kanak itu sebab penangkapan dan menghantar suatu salinan pertuduhan dan maklumat lain yang perlu untuk membolehkan Pegawai Akhlak mengambil apa-apa tindakan yang perlu.
4. APAKAH PROSEDUR YANG PERLU DIPATUHI SEMASA SEORANG KANAK-KANAK DITAHAN?
Seorang kanak-kanak, semasa ditahan di balai polis, semasa dibawa ke atau dari mahkamah, atau semasa menunggu sebelum atau selepas hadir di mana-mana mahkamah, hendaklah diasingkan daripada pesalah dewasa. Dalam hal seorang kanak-kanak perempuan, dia hendaklah diletakkan di bawah jagaan seorang wanita.
5. BAGAIMANAKAH SESEORANG KANAK-KANAK DIBICARAKAN?
Seseorang kanak-kanak hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak. Walaubagaimanapun, sekiranya seseorang kanak-kanak dituduh bersama-sama dengan seorang dewasa, perbicaraan boleh diadakan di mahkamah lain.
6. APAKAH DIMAKSUDKAN MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK DAN APAKAH BIDANG KUASANYA?
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak ialah Mahkamah yang mendengar, memutuskan atau membereskan apa-apa pertuduhan terhadap kanak-kanak atau menjalankan apa-apa bidang kuasa lain yang diberikan atau yang akan diberikan kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang bertulis lain. Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan semua kesalahan kecuali kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati.
7. APAKAH FUNGSI PENASIHAT MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK?
Fungsi penasihat adalah untuk memaklumkan dan menasihati Mahkamah Bagi Kanak-Kanak tentang apa-apa pertimbangan yang menyentuh perintah yang dibuat berdasarkan dapatan bersalah atau pelakuan lain yang berkaitan terhadap mana-mana kanak-kanak yang dibawa ke hadapan Mahkamah itu dan jika perlu, untuk menasihati ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu.
8. BAGAIMANA PROSIDING DI MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK?
Prosiding di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak ialah -
(a) menjalankan perbicaraan dalam kamar majistret atau secara tertutup (in camera);
(b) dua orang penasihat hendaklah turut hadir semasa perbicaraan untuk menasihati Majistret berhubung dengan perintah yang akan dibuat terhadap kanak-kanak menurut subseksyen 11(2) Akta 611;
(c) ibu bapa atau penjaga kanak-kanak boleh dikehendaki hadir pada semua peringkat perbicaraan menurut subseksyen 12(3) Akta 611;
9. BOLEHKAH SESEORANG KANAK-KANAK MENYOAL BALAS SAKSI PENDAKWA SEMASA PERBICARAAN?
Seseorang kanak-kanak boleh menyoal balas saksi sama ada melalui peguam, ibu bapa, saudara-mara atau mahkamah.
(d) menurut subseksyen 91(2) Akta 611,
perkataan “sabitan” atau “hukuman” tidak boleh digunakan terhadap seseorang kanak-kanak yang terhadapnya Mahkamah Bagi Kanak-Kanak bertindak dan sesuatu “sabitan” atau “hukuman” hendaklah ditafsirkan sebagai satu dapatan bersalah sahaja;
(e) kanak-kanak di bawah umur empat belas tahun tidak boleh dikenakan hukuman penjara;
(f) kanak-kanak yang berumur empat belas tahun ke atas tidak boleh–
(i) diperintahkan supaya dipenjarakan jika dia boleh diperlakukan dengan apa-apa cara lain
yang sesuai sama ada dengan percubaan, atau denda, atau dihantar ke sesuatu tempat tahanan atau sekolah diluluskan, atau Sekolah Henry Gurney, atau selainnya;
(ii) jika diperintahkan supaya dipenjarakan, dibenarkan bergaul dengan banduanbanduan
dewasa.
10. APAKAH MAKLUMAT YANG PERLU DIPEROLEH OLEH MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK SEBELUM APA-APA PERINTAH DIBUAT TERHADAP SESEORANG KANAK-KANAK?
Mahkamah perlu mendapatkan laporan akhlak daripada seorang pegawai akhlak yang mengandungi maklumat seperti kelakuan seseorang kanak-kanak itu pada amnya, suasana rumah, rekod sekolah dan riwayat perubatannya. Mahkamah boleh melepaskan seseorang kanak-kanak itu atas jaminan atau menahannya di suatu tempat tahanan.
11. APAKAH PERINTAH YANG BOLEH DIBUAT OLEH MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK?
Sekiranya suatu kesalahan telah terbukti dilakukan oleh seseorang kanak-kanak, Mahkamah adalah berkuasa untuk–
(a) memberi amaran dan melepaskan seseorang kanak-kanak;
(b) melepaskan kanak-kanak itu selepas dia mengikat suatu bon untuk berkelakuan baik dan mematuhi apa-apa perintah yang dikenakan;
(c) memerintahkan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu menyempurnakan suatu bon untuk
menjalankan pemeliharaan dan penjagaan sewajarnya;
(d) tanpa membuat suatu perintah lain, atau sebagai tambahan kepada suatu perintah di bawah perenggan (c), membuat suatu perintah di bawah seksyen 98 Akta 611 iaitu perintah percubaan (probation order);
(e) memerintahkan kanak-kanak itu dihantar ke suatu sekolah yang diluluskan atau Sekolah Henry
Gurney;
(f) memerintahkan supaya kanak-kanak itu membayar denda, pampasan atau kos;
(g) sebat; dan
(h) sekiranya kanak-kanak itu berumur empat belas tahun ke atas dan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan dan tertakluk kepada subseksyen 96(2) Akta 611,
boleh mengenakan terhadapnya suatu tempoh penjara. Sekiranya mahkamah memikirkan bahawa kuasanya tidak memadai, boleh menyerahkan kanak-kanak itu kepada Mahkamah Tinggi untuk dihukum.
(Sumber Maklumat Brosur ini diadaptasikan dari lamanweb JABATAN BANTUAN GUAMAN; http://jbg.gov.my).AKTA KANAK – KANAK 2001)
Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarkat Daerah Batu Pahat atau mana-mana Ahli Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Batu Pahat ( JKKD Batu Pahat), seperti berikut;
Ex-Officio:
PN. CHITARTHANY RAJALINGAM
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat
07-4341377/ 019-7311460
Penyelaras JKKD:
TN. HJ ZANIL ABDIN BIN HJ. HAMZAH
Pegawai Akhlak/ Unit Kanak-Kanak PKMD Batu Pahat
07-4321377/ 013-7654914
Pengerusi:
EN. MOHD NOOR BIN HASHIM
019-7506223/ 07-4564095
Ahli-ahli Jawatankuasa:
Y.BHG. DATO HJ. SYED HOOD BIN SYED EDROS
012-7896586/ 07-4380349
Y. BHG. DATIN HJH. AZIZAH BINTI ZAKARIA
019-7798833.
HJ. MOHD HANAFIAH BIN SH. HASSAN
013-7729697
HJ. SOET@OSMAN BIN YAACOB
013-7780012/ 07-4323580
PN. AISHAH BINTI HASHIM
012-7465857
CIK CHUA MEO CHING
07-4322250
HJ. MOHD YAHYA BIN MASOD
019-7872294
EN. TAN LAI SOON
019-7787219/ 07-4332282
HJH. HASLINDA BINTI HASBI
07-4342135
HJ. MADZLAN BIN HJ. ABAS
019-7272211/ 07-4319149
HJH. RAHEMAH BINTI HJ. IDRIS
012-7089774/ 07-7582960
No comments:
Post a Comment