Sunday, 8 January 2012

APAKAH IBUBAPA/ PENJAGA PERLU TAHU SEKIRANYA KANAK-KANAK DITAHAN DI BAWAH AKTA KANAK-KANAK?

1.  APAKAH AKTA KANAK-KANAK 2001   (AKTA 611).
    Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611)  telah diluluskan pada tahun 2001 dan mula berkuatkuasa sejak 1 Ogos 2002,  Akta 611 ini  memansuhkan tiga statut[1] yang terdahulu, iaitu Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 dan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973, dengan menggabungkan undang-undang berkaitan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak. Akta 611 ini mengukuhkan lagi undang-undang berkaitan perlindungan kanak-kanak,  dan juga melindungi kepentingan-kepentingan kanak-kanak .

2.   DEFINISI KANAK-KANAK
   Menurut subseksyen 2(1) Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611], “kanak-kanak” ertinya seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun dan berhubung dengan prosiding jenayah, ertinya seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan.

3.   APAKAH HAK SESEORANG KANAK-KANAK SELEPAS DITANGKAP OLEH PIHAK  BERKUASA?
Menjadi kewajipan seseorang pegawai polis atau seorang lain yang melakukan tangkapan, sebaik sahaja selepas penangkapan seorang kanak-kanak, memberitahu Pegawai Akhlak dan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu tentang penangkapan itu. Polis perlu juga memberitahu Pegawai Akhlak atau ibu bapa/ penjaga kanak-kanak itu sebab penangkapan dan menghantar suatu salinan pertuduhan dan maklumat lain yang perlu untuk membolehkan Pegawai Akhlak mengambil apa-apa tindakan yang perlu.

4.   APAKAH PROSEDUR YANG PERLU DIPATUHI SEMASA SEORANG KANAK-KANAK DITAHAN?
Seorang kanak-kanak, semasa ditahan di  balai polis, semasa dibawa ke atau dari mahkamah, atau semasa menunggu sebelum atau selepas hadir di mana-mana mahkamah, hendaklah diasingkan daripada pesalah dewasa. Dalam hal seorang kanak-kanak perempuan, dia hendaklah diletakkan di bawah jagaan seorang wanita.

5.  BAGAIMANAKAH SESEORANG KANAK-KANAK DIBICARAKAN?
Seseorang kanak-kanak hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak. Walaubagaimanapun, sekiranya seseorang kanak-kanak dituduh bersama-sama dengan seorang dewasa, perbicaraan boleh diadakan di mahkamah lain.

6.  APAKAH DIMAKSUDKAN MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK DAN APAKAH BIDANG KUASANYA?
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak ialah Mahkamah yang mendengar, memutuskan atau membereskan apa-apa pertuduhan terhadap kanak-kanak atau menjalankan apa-apa bidang kuasa lain yang diberikan atau yang akan diberikan kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang bertulis lain. Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan semua kesalahan kecuali kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati.

7.   APAKAH FUNGSI PENASIHAT MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK?
Fungsi penasihat adalah untuk  memaklumkan dan menasihati Mahkamah Bagi Kanak-Kanak tentang apa-apa pertimbangan yang menyentuh perintah yang dibuat berdasarkan dapatan bersalah atau pelakuan lain yang berkaitan terhadap mana-mana kanak-kanak yang dibawa ke hadapan Mahkamah itu dan jika perlu, untuk menasihati ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu.

8.    BAGAIMANA PROSIDING DI MAHKAMAH   BAGI KANAK-KANAK?
Prosiding di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak ialah -
(a) menjalankan perbicaraan dalam kamar majistret atau secara tertutup (in camera);
(b) dua orang penasihat hendaklah turut  hadir semasa perbicaraan untuk menasihati Majistret berhubung dengan perintah yang akan dibuat terhadap kanak-kanak menurut subseksyen 11(2) Akta 611;
(c) ibu bapa atau penjaga kanak-kanak boleh dikehendaki hadir pada semua peringkat perbicaraan menurut subseksyen 12(3) Akta 611;

9.   BOLEHKAH SESEORANG KANAK-KANAK MENYOAL  BALAS SAKSI PENDAKWA SEMASA PERBICARAAN?
Seseorang kanak-kanak boleh menyoal balas saksi sama ada melalui peguam, ibu bapa, saudara-mara atau mahkamah.
(d) menurut subseksyen 91(2) Akta 611,
perkataan “sabitan” atau “hukuman” tidak boleh digunakan terhadap seseorang kanak-kanak yang terhadapnya Mahkamah Bagi Kanak-Kanak bertindak dan sesuatu “sabitan” atau “hukuman” hendaklah ditafsirkan sebagai satu dapatan bersalah sahaja;
(e) kanak-kanak di bawah umur empat belas tahun tidak boleh dikenakan hukuman penjara;
(f) kanak-kanak yang berumur empat belas tahun ke atas tidak boleh–
(i) diperintahkan supaya dipenjarakan jika dia boleh diperlakukan dengan apa-apa cara lain
yang sesuai sama ada dengan percubaan, atau denda, atau dihantar ke sesuatu tempat tahanan atau sekolah diluluskan, atau Sekolah Henry Gurney, atau selainnya;
(ii) jika diperintahkan supaya dipenjarakan, dibenarkan bergaul dengan banduanbanduan
dewasa.

10. APAKAH MAKLUMAT YANG PERLU DIPEROLEH OLEH MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK SEBELUM APA-APA PERINTAH DIBUAT TERHADAP SESEORANG KANAK-KANAK?
Mahkamah perlu mendapatkan laporan akhlak daripada seorang pegawai akhlak yang mengandungi maklumat seperti kelakuan seseorang kanak-kanak itu pada amnya, suasana rumah, rekod sekolah dan riwayat perubatannya. Mahkamah boleh melepaskan seseorang kanak-kanak itu atas jaminan atau menahannya di suatu tempat tahanan.

11.  APAKAH PERINTAH YANG BOLEH DIBUAT OLEH  MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK?
Sekiranya suatu kesalahan telah terbukti dilakukan oleh seseorang kanak-kanak, Mahkamah adalah berkuasa untuk–
(a) memberi amaran dan melepaskan seseorang kanak-kanak;
(b) melepaskan kanak-kanak itu selepas dia mengikat suatu bon untuk berkelakuan baik dan mematuhi apa-apa perintah yang dikenakan;
(c) memerintahkan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu menyempurnakan suatu bon untuk
menjalankan pemeliharaan dan penjagaan sewajarnya;
(d) tanpa membuat suatu perintah lain, atau sebagai tambahan kepada suatu perintah di bawah perenggan (c), membuat suatu perintah di bawah seksyen 98 Akta 611 iaitu perintah percubaan (probation order);
(e) memerintahkan kanak-kanak itu dihantar ke suatu sekolah yang diluluskan atau Sekolah Henry
Gurney;
(f) memerintahkan supaya kanak-kanak itu membayar denda, pampasan atau kos;
(g) sebat; dan
(h) sekiranya kanak-kanak itu berumur empat belas tahun ke atas dan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan dan tertakluk kepada subseksyen 96(2) Akta 611,
boleh mengenakan terhadapnya suatu tempoh penjara. Sekiranya mahkamah memikirkan bahawa kuasanya tidak memadai, boleh menyerahkan kanak-kanak itu kepada Mahkamah Tinggi untuk dihukum.


(Sumber Maklumat  Brosur ini diadaptasikan dari lamanweb JABATAN BANTUAN GUAMAN; http://jbg.gov.my).AKTA KANAK – KANAK 2001)




                                               
Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarkat Daerah Batu Pahat atau  mana-mana Ahli Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Batu Pahat ( JKKD Batu Pahat), seperti berikut;
                               
Ex-Officio:
PN. CHITARTHANY RAJALINGAM
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat
07-4341377/ 019-7311460
Penyelaras JKKD:
TN. HJ ZANIL ABDIN BIN HJ. HAMZAH
Pegawai Akhlak/  Unit Kanak-Kanak PKMD Batu Pahat
07-4321377/ 013-7654914

Pengerusi:
EN. MOHD NOOR BIN HASHIM
019-7506223/ 07-4564095

Ahli-ahli Jawatankuasa:
Y.BHG. DATO HJ. SYED HOOD BIN  SYED EDROS
012-7896586/ 07-4380349
Y. BHG. DATIN  HJH. AZIZAH BINTI  ZAKARIA
019-7798833.
HJ. MOHD HANAFIAH BIN  SH. HASSAN
013-7729697
 HJ. SOET@OSMAN BIN YAACOB
013-7780012/ 07-4323580
PN. AISHAH BINTI  HASHIM
012-7465857
CIK CHUA MEO CHING
07-4322250
 HJ. MOHD YAHYA BIN  MASOD
019-7872294
EN. TAN LAI SOON
019-7787219/ 07-4332282
 HJH. HASLINDA BINTI HASBI
07-4342135
 HJ. MADZLAN BIN  HJ. ABAS
019-7272211/ 07-4319149
HJH. RAHEMAH BINTI  HJ. IDRIS
012-7089774/ 07-7582960





APAKAH YANG KITA PERLU TAHU MENGENAI SALAHLAKU JENAYAH YANG MEMBABITKAN KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR 18 TAHUN?

APAKAH YANG KITA PERLU TAHU MENGENAI JENAYAH KANAK-KANAK (JUVANA)

Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah. Sekiranya orang melakukan jenayah ini di bawah  umur 18 tahun, ie. golongan remaja, maka jenayah ini dikategorikan sebagai Jenayah Kanak-kanak (Jenayah Juvana).

Di Malaysia, apabila seorang kanak-kanak atau remaja (bawah 18 tahun) dirujuk kepada pihak berkuasa atas sebab sabit melakukan salahlaku jenayah, akan dibicara di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, di bawah Akta Kanak-Kanak (Akta 611).

Menurut subseksyen 2(1) Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611], “kanak-kanak” ertinya seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun dan berhubung dengan prosiding jenayah, ertinya seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan

Jenayah Kanak-kanak ini merupakan sesuatu yang makin membimbangkan semua pihak di seluruh Malaysia. Ia merupakan satu isu sosial yang penting kerana golongan ini mampu melakukan jenayah berat, namun mereka masih belum boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

Antara masalah besar yang dihadapi ialah siapakah yang bertanggungjawab dengan sikap golongan ini. Adakah pihak kerajaan semata-mata, bagaimana pula dengan tanggungjawab ibu bapa? Golongan ini mungkin belum matang dan masih bergantung pada ibu bapa mereka.

Sebenarnya dalam menyelesaikan kes jenayah juvana ini adalah berakar umbikan dari ibu bapa terlebih dahulu baru kita lihat dari aspek persekitaran, sekolah mahupun rakan sebaya.
Sama seperti jenayah yang membabitkan orang dewasa, jenayah kanak-kanak boleh dibahagikan kepada beberapa kategori (yang bertindan):
  1. Jenayah berat
  2. Jenayah komputer dan jenayah siber
  3. Jenayah terhadap manusia
  4. Jenayah ke atas harta benda
  5. Jenayah terhadap keselamatan negara
  6. Jenayah hakcipta dan paten
  7. Jenayah dadah
  8. Jenayah seksual
  9. Jenayah senjata

Undang-undang Jenayah Berbeza dari Undang-undang Akta Kanak-Kanak. Undang-undang jenayah adalah suatu jenis undang-undang yang mengawal kesalahan yang dilakukan terhadap masyarakat.
Undang-undang jenayah perlu dibezakan dengan dengan undang-undang sivil. Sebagai contoh sekiranya seseorang mencuri, maka undang-undang jenayah yang akan digunakan untuk mengawal atau mengurus si pencuri itu. Siasatan, tangkapan dan dakwaan akan dibuat berpandukan undang-undang jenayah. Kesalahan mencuri itu dikawal oleh undang-undang jenayah kerana kesalahan mencuri tersebut dianggap sebagai kesalahan terhadap masyarakat.

Manakala berbeza pula dengan keadaan apabila seseorang membeli barang secara kredit dan kemudian tidak membayar hutang kepada penjual barang pada tarikh yang dipersetujui. Maka undang-undang yang mengawal perkara tersebut adalah undang-undang sivil. Dalam situasi yang disebut di atas, ada beberapa undang-undang sivil yang boleh terpakai seperti undang-undang penjualan barang, undang-undang kontrak dan sebagainya. Undang-undang jenayah tidak akan digunakan untuk menentukan hak dan liabiliti penjual dan pembeli. Ini kerana urusan jual beli adalah dianggap aktiviti sivil antara individu.

Sumber Undang-undang Jenayah Di MalaysiaSumber utama undang-undang jenayah di Malaysia ialah:
1.Kanun Keseksaan (Penal Code)
2.Kanun Acara Jenayah (Criminal Procedure Code)
  Kedua-dua undang-undang yang disebut di atas adalah Akta Parlimen
 

WHAT WE SHOULD KNOW ABOUT WORLD CHILDREN'S DAY

Children's Day

Children's Day
Type
Historical
Date
Varies regionally (Universal Children's Day is celebrated on April 30
Related to

"Children Day" is celebrated on various days in many places around the world, in particular to honor children. Major global variants include a Universal Children's Day on November 20, by United Nations recommendation. Children's Day is often celebrated on other days as well.
International Children's Day
The World Conference for the Well-being of Children in Geneva, Switzerland proclaimed June 1 to be International Children's Day in 1925. It is usually marked with speeches on children's rights and wellbeing, children TV programs, parties, various actions involving or dedicated to children, families going out, etc.
Universal Children's Day
Universal Children's Day takes place on November 20 annually. First proclaimed by the United Nations General Assembly in 1954, it was established to encourage all countries to institute a day, firstly to promote mutual exchange and understanding among children and secondly to initiate action to benefit and promote the welfare of the world's children. It was also chosen as the day to celebrate childhood. Universal Children's Day is preceded by International Men's Day on November 19 creating a 48 hour celebration of men and children respectively during which time the positive roles men play in children's lives are recognized.[4][5]
The holiday was first celebrated worldwide in October 1953, under the sponsorship of International Union for Child Welfare in Geneva. The idea of a Universal Children's Day was adopted by the United Nations General Assembly in 1954.
November 20 is also the anniversary of the day when the United Nations General Assembly adopted the [Declaration of the Rights of the Child] in 1959. The Convention on the Rights of the Child was then signed on the same day in 1989, which has since been ratified by 191 states.
Malaysia
In Malaysia, Children's Day is celebrated on the last Saturday of October annually. Primary schoolchildren normally go to school on the Friday before the event to celebrate Children's Day. The schools that are involved would also organise numerous activities for their pupils.
Reference:


Hari Kanak - kanak PDF Print Emel
Latar Belakang

Berdasarkan kepada fakta-fakta sedia ada, Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia yang pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktirafkan oleh UNICEF (United Nations Children's Fund) pada tahun 1954 dan hanya pada 20 November 1959 PBB telah mengistiharkan Hari Kanak-Kanak SeDunia dan meminta semua negara merayakannya pada setiap tahun.
Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.
Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Namun begitu tahun 1995 menyaksikan tugas-tugas penganjuran ini telah diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).


Objektif Sambutan

Sambuatn Hari Kanak-Kanak SeDunia sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak dan acara sambutan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.

Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut tiap-tiap tahun pada mana-mana hari Sabtu dalam bulan Oktober


Lagu Tema Hari Kanak-Kanak SeDunia

di dunia ini
kau berikan kami
pengertian, perlindungan
tidak kenal bangsa atau rupa
semua tidak berbeza
dipersada kini
kau teguhkan kini
perpaduan, kedamaian
kami tersenyum, kami gembira
hilang duka dan derita
curahkan belaian mesra
berikan kami pendidikan mulia
ada rasa cinta
sesama insan serata dunia
berilah sinar harapan
bimbinglah kami semua
dunia pasti aman
dengan kasih sayang
Yang Maha Kuasa
restuilah hamba
ketenangan, keyakinan
tabah menjalani perjuangan
dengan penuh keazaman

Saturday, 7 January 2012

HINDARI TINGKAHLAKU JENAYAH

JAWATANKUASA KEBAJIKAN KANAK-KANAK DAERAH BATU PAHAT JOHOR

JAWATANKUASA KEBAJIKAN KANAK-KANAK DAERAH BATU PAHAT JOHOR
(DISTRICT OF BATU PAHAT CHILD WELFARE COMMITTEE)