Thursday, 10 November 2011

Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Batu Pahat, Johor


JAWATANKUASA KEBAJIKAN KANAK-KANAK DAERAH BATU PAHAT
(JKKD BATU PAHAT)
No. 52 – 54 Jalan Penjaja, 83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.
Tel : 07-434 1377/ Faks : 07-432 7892

9 comments:

  1. JAWATANKUASA KEBAJIKAN KANAK-KANAK DAERAH BATU PAHAT
    Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah Batu Pahat, Johor adalah satu jawatankuasa sukarela terdiri dari orang-orang awam yang dilantik oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Malaysia, mengikut Seksyen 128 (2)(d) Akta 611 Akta Kanak-kanak 2001, dengan tujuan untuk membantu Pegawai Akhlak / Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat menjalankan tugas seliaan akhlak, mencari peluang pekerjaan dan menganjurkan pelbagai aktiviti serta program kesedaran, bimbingan dan motivasi bagi menangani gejala sosial.

    ReplyDelete
  2. Bengkel Psikologi Remaja ; Satu Cabaran Ibubapa & Masyarakat.

    Tarikh : 18 November 2011 (Jumaat).
    Tempat : Dewan AURA, Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat.
    Tarikh : 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari.
    Anjuran : Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Batu Pahat& Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat, Johor.

    Justifikasi:
    1. Membina pakatan bestari antara JKKD dengan agensi kumpulan sasar.
    2. Menjelaskan peranan JKKD dalam penguatkuasaan Akta 611 Akta Kanak-kanak 2001.

    Sasaran : 300 peserta, terdiri dari ;
    1.Wakil PIBG dan Guru-Guru Kaunselor Sekolah : 150 orang.
    2.Wakil Pejabat JKM & JKKD Muar, Pontian & Kluang : 20 orang.
    3.Ibu Bapa & Kanak-kanak Seliaan JKKD Batu Pahat : 130 orang.

    Aturcara :
    9:00 – 9:30 pagi: Ketibaan Y.Bhg. Pengarah jabatan Kebajikan Masyarakat Johor.
    9:35: Program Bermula dengan bacaan Doa
    : Aluan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.
    : Ucapan Perasmian oleh
    Y.Bhg. Puan Khatijah bt. Abdullah,
    Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor.
    : Penyampaian Cenderhati kepada Ahli Panel Jemputan Forum.

    Sesi Forum:
    Moderator : Y. Bhg. Dato’ Syed Hoodbin Syed Edroes.
    Panel 1 : Pengerusi JKKD Batu Pahat.
    Panel 2 : Wakil PDRM Batu Pahat.
    Panel 3 : Y.Brs. Dr. Ruziati bt.Mior Ahamad,
    Timb. Pengarah Kanan, Bah. Pengurusan Psikologi, JPA.

    11:30 Sesi Soal Jawab
    12:00 tgh. Majlis Bersurai & Makan Tengah Hari.

    Anggaran Perbelanjaan:

    ReplyDelete
  3. Melaporkan Penderaan Kanak-kanak

    Pengenalan
    Sesiapa sahaja yang mengetahui, atau mengesyaki, mana-mana kanak-kanak dalam risiko didera, terabai dianiaya perlu segera;

    ― melaporkan kepada Pegawai Pelindung Kanak-kanak (Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis, JKKD) terdekat, atau
    ― menghantar kanak-kanak tersebut ke hospital yang berdekatan, atau
    ― Telefon Teledera bagi penderaan kanak-kanak

    Apa yang perlu dilaporkan?
    Laporan perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
    • Nama kanak-kanak (jika tahu).
    • Lokasi/alamat
    • Sebab-sebab disyaki penderaan
    • Nama anda dan cara menghubungi anda semula
    • untuk memudahkan bantuan.

    Bagaimana untuk membuat laporan mengenai penderaan?

    Melalui talian tele dera, sila berikan maklumat terperinci berkenaan kes penderaan dan pengabaian yang disyaki supaya pegawai JKM dapat menilai keperluan dan tindakan sewajarnya dapat diambil.

    Melalui hospital, individu yang membawa kanak-kanak ke Jabatan kecemasan/Pesakit luar kerana penderaan ,mereka akan terus dirujuk ke Pusat perhentian Setempat (One Stop Crisis Center).

    Melalui polis, ini amat digalakkan terutamanya bagi kes penderaan seksual supaya membolehkan pegawai perubatan untuk melakukan pemeriksaan fizikal dengan segera terutamanya bagi kes baru yang disyaki penderaan seksual

    Siapa yang perlu melaporkan tentang penderaan kanak-kanak?
    "Mandated reporters"
    Dibawah Undang-undang Malaysia, Akta Kanak-kanak 2001, (Akta 611) pegawai perubatan, ahli keluarga dan penjaga kanak-kanak adalah tiga kumpulan yang dipertanggungjawabkan untuk melaporkan dengan segera jika mengesyaki kanak-kanak telah didera.

    PELAPOR MANDATORI

    Sekiranya gagal melaporkan mereka boleh didenda tidak melebihi RM5000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua sekali (Akta Kanak-kanak 2001, Section 27-29).
    Kaunselor, guru dan orang awam juga perlu melaporkan kes penderaan sekiranya mengetahui kanak-kanak tersebut didera , walaupun mereka tidak diwajibkan untuk elaporkannya.

    PENTINGNYA MELAPOR KE PENDERAAN KANAK-KANAK

    • Kanak-kanak terdedah tanpa pembelaan terutamanya jika mereka datang dari keluarga terdekat atau ahli serumah berterusan lakukan penderaan.
    • Nyawa dan kehidupan kanak-kanak yang terancam perlulah diutamakan.
    • Walaupun mungkin tidak terdapat tanda fizikal, kanak-kanak yang merasa rendah diri atau menjadi ganas atau kasar akibat dari pengabaian dan penderaan, perlu diberi pertolongan
    • Sekiranya pengabaian dan penderaan berterusan sekian lama, kesan buruk akibatnya akan lebih teruk. Kanak-kanak perlu dibesarkan dalam suasana penyayang untuk memastikan perkembangan mental, fizikal, emosi dan psikososial yang optimum.
    • Keganasan kanak-kanak dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada masalah sosial, masalah kesihatan mental dan fizikal di masa akan datang
    • Melaporkan kes tidak bermakna kanak-kanak akan dipisahkan dari keluarga mereka. Ia hanya untuk memastikan keluarga tersebut mendapat pertolongan sekiranya diperlukan dan kanak-kanak mendapat perlindungan. Sekiranya kanak-kanak telah didera dengan teruk dan keselamatannya diragukan sekiranya kembali kepada keluarga, oleh itu sekiranya perlu, ahli keluarga lain yang sesuai akan diberi hak penjagaan oleh mahkamah.
    • Undang-undang menetapkan, orang yang dipertanggungjawabkan melaporkan ("mandated reporter") penderaan kanak-kanak tidak boleh didakwa kerana melaporkan kes sekiranya beliau melaporkan kes tanpa niat selain daripada menolong kanak-kanak.

    ReplyDelete
  4. 1 Perlindungan kanak-kanak merujuk kepada strategi dan aktiviti untuk mencegah dan bertindak balas terhadap pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.
    2 Pengabaian kanak-kanak merujuk kepada kegagalan secara berterusan dan serius untuk menyediakan keperluan asas fizikal, emosi dan pembangunan dari segi kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat perlindungan dan kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak. Pengabaian boleh mendedahkan kanak-kanak kepada segala bentuk bahaya, termasuk mengancam nyawa mereka.
    3 Penderaan kanak-kanak adalah satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka. Penderaan boleh dikategorikan kepada penderaan fizikal, emosi, seksual dan pengabaian.
    4 Penderaan fizikal menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi fizikal menyebabkan kecederaan yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat kekerasan atau penggunaan agen yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu.
    5 Penderaan emosi menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat.
    6 Penderaan seksual menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.
    7 Keganasan merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk menyebabkan sebarang bentuk kecederaan dari segi fizikal dan emosi terhadap kanak-kanak.
    8 Eksploitasi merujuk kepada penggunaan kanak-kanak dalam aktiviti yang membolehkan pihak lain mendapat faedah dari segi kewangan, seksual, politik serta kepentingan lain yang boleh mengancam kesejahteraan fizikal dan psikologikal mahupun kelangsungan hidup kanak-kanak.

    ReplyDelete
  5. AKTA KANAK-KANAK 2001 (Akta 611)

    Suatu Akta untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.

    MENGIKTIRAF bahawa wawasan negara sebagai negara maju sepenuhnya ialah suatu negara di mana keadilan sosial dan pembangunan moral, etika dan rohani sama pentingnya dengan kemajuan ekonomi dalam mewujudkan suatu masyarakat Malaysia madani yang bersatu padu, progresif, damai, penyayang, adil dan berperikemanusiaan:

    MENGIKTIRAF bahawa seseorang kanak-kanak bukan sahaja merupakan suatu bahagian penting masyarakat sedemikian tetapi juga merupakan kunci kehidupan, pembangunan dan kemakmuran masyarakat itu:

    MENGAKUI bahawa seseorang kanak-kanak, oleh sebab ketidakmatangannya dari segi fizikal, mental dan emosinya, memerlukan pelindungan, pemeliharaan dan bantuan khas, selepas kelahiran, untuk membolehkannya turut serta dalam dan menyumbang secara positif ke arah membentuk suatu masyarakat Malaysia madani yang unggul:

    MENGIKTIRAF bahawa tiap-tiap kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pelindungan dan bantuan dalam segala hal keadaan tanpa mengira apa-apa jenis perbezaan, seperti ras, warna kulit, jantina, bahasa, agama, asal usul atau kecacatan fizikal, mental atau emosi atau apa-apa status lain:

    MENGAKUI bahawa keluarga merupakan kumpulan asas dalam masyarakat yang menyediakan suasana semula jadi bagi pembesaran, penyaraan dan kebajikan semua anggotanya, khususnya kanak-kanak, supaya mereka boleh membesar dalam suasana aman, bahagia, kasih sayang dan persefahaman untuk memperoleh keyakinan penuh, maruah dan nilai diri seseorang manusia:

    MENGIKTIRAF peranan dan tanggungjawab keluarga dalam masyarakat, supaya mereka diberi bantuan yang perlu untuk membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mereka sepenuhnya sebagai sumber pemeliharaan, penyaraan, pemulihan dan perkembangan kanak-kanak dalam masyarakat:

    ReplyDelete
  6. Kem Remaja Perdana 2011
    Kanak-Kanak Seliaan Luar
    Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah Batu Pahat

    1.Konsep
    Program Kem Remaja Perdana Peringkat Negeri Johor ini merupakan satu program intervensi inklusif secara terancang khusus untuk remaja seliaan JKKD Natu Pahat.

    Remaja Seliaan Luar JKKD Batu Pahat akan dihimpunkan secara terancang dalam persekitaran dan layanan terbaik untuk membina kewibawaan kendiri menerusi input ceramah, latihan fizikal, latihan kerohanian, interaksi terpimpin dan bimbingan keusahawanan. Peserta dilatih dalam budaya korporat sepanjang program ini secara `immersion’.

    Personalia terpilih dari kalangan berwibawa dan mertabat program diangkat untuk mencerminkan kualiti program berimpak tinggi.

    Jangkaan hasil dari penyertaan program ini akan membuka peluang remaja menceburi program pembangunan keusahawanan menerusi kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dalam program Insken.

    3. Sasaran dan Kapasiti

    Seramai 30 Remaja Seliaan JKKD Batu Pahat.Pihak JKKD perlu membuat saringan mengikut had kapasiti yang ditentukan untuk memastikan tercapainya hasil program.

    Setiap peserta akan diberikan tag nama, bag berisi nota program dengan ijil Penyertaan pada akhir program.

    Keperluan pakaian adalah rasmi (bertali leher) bagi lelaki semasa sesi input dan dinamik dalaman dan berpakaian sukan semasa sesi dinamik luar.

    4. Tarikh, Tempat, Pelaksanaan dan Justifikasi:

    Tarikh : 29 – 31 Disember 2011
    Tempat: Pusat Latihan Belia 4B Batu Pahat.

    Justifikasi mengikut komponen input adalah seperti berikut;

    i. Input : Insaf Diri, Potensi Diri, Prospek Keusahawanan, Sokongan Keusahawanan.
    ii. Qiamulail : Pembinaan kerohanian dan spiritual kecemerlangan.
    iii. Tazkirah : Motivasi & Pembinaan kerohanian.
    iv. Dinamika : Kupasan input, interaksi perkongsian sosial terpimpin.
    v. Kem : Berstatus kelas pertama untuk membina estim peserta.

    ReplyDelete
  7. SUMMER CAMP KANAK-KANAK SELIAAN 2012
    JAWATANKUASA KEBAJIKAN KANAK-KANAK DAERAH BATU PAHAT.

    Tema: MENGILAP POTENSI KESYUKURAN DAN KESAHAWANAN KANAK-KANAK SELIAAN JKKD BATU PAHAT.

    Tarikh : Januari 2012.
    Tempat : Pusat Latihan Belia 4B Batu Pahat.
    Sasaran: 60 Kanak-Kanak Seliaan

    Objektif :
    1. Refleksi Kendiri: Mengenal kekuatan dan potensi Diri.
    2. Prospek Kendiri: Membina Visi dan Strategi memperkasa Diri.
    3. Inkubator Keusahawanan: Bimbingan start-up perniagaan dan keusahawanan Kanak-kanak Seliaan.

    ReplyDelete
  8. Buli
    Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.
    Siapakah yang sering membuli dan dibuli ?

    Pembuli
     Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima dan enam.
     Bertubuh besar, tegap dan tinggi.
     Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
     Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
     Kejayaan membuli pelajar junior untuk menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.

    Dibuli
    Pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua dan tiga serta pelajar sekolah rendah.
    Kenapa mereka sering membuli
     Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
     Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
     Mereka pernah menjadi mangsa buli.
     Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperaktif atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
     Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah displin.
     Akibat masalah keluarga.
     Sekadar mahu seronok.
     Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.
     Iri hati pada mangsa atas sebab disayangi guru atau cemerlang dalam pelajaran.

    Jenis-jenis Buli
    1. Buli fizikal
    o Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan.
    o Paling ganas boleh menyebabkan kematian
    2. Buli mental
    o Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli.
    o Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah

    Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli
     Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang sering berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli.
     Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa.
     Tindakan displin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.
     Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru displin, wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.
     Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) sekolah.
     Selain itu guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa.

    Buli adalah satu Jenayah

    ReplyDelete
  9. Panduan Ibu Bapa/ Penjaga, sila capai dan baca atas talian artikel:
    PERANAN IBUBAPA DALAM MENANGANI MASALAH SOSIAL REMAJA
    oleh Sapora Sipon,
    Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial,
    Universiti Malaysia Sabah
    2009
    http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/2729/Peranan%20Ibu%20Bapa%20Dalam%20Menangani%20Masalah%20Sosial%20Remaja.pdf



    ReplyDelete