CEGAH JENAYAH BULI
(PENDERAAN RAKAN SEBAYA)
(BULLY: PEER ABUSE)
Diterbitkan oleh;
JAWATANKUASA KEBAJIKAN KANAK-KANAK DAERAH BATU PAHAT
(JKKD BATU PAHAT)
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat
No.52 - 54, Jalan Penjaja 3,
83000 Batu Pahat, Johor
Telefon: 07-4341377
Emel: jkkdbp@gmail.com
Risalah Penerangan JKKD Batu Pahat Bil. 2
APA ITU BULI?
Buli adalah satu bentuk penderaan rakan sebaya iaitu perlakuan ganas dan menyakitkan dilakukan oleh individu atau kumpulan yang lebih kuat kepada golongan yang lebih lemah.
Buli boleh berlaku dalam bentuk serangan fizikal, lisan, pemulauan, emosi, pencabulan kehormatan dan gangguan seksual.
PEMBULI
Pembuli adalah:
1. Seseorang atau sekumpulan orang yang mendera orang lain
2. Seseorang yang cuba mengawal orang lain dengan menakut-nakutkannya.
3. Seseorang yang berkelakuan secara agresif, tidak berperikemanusiaan dan biadab.
Jika anda seorang pembuli:
1. Reputasi anda boleh terjejas
2. Anda boleh mencederakan orang
3. Anda akan dibenci oleh rakan-rakan
4. Anda akan mengecewakan keluarga
5. Anda boleh diberhentikan dari persekolahan.
6. JKM/Polis akan menyiasat anda.
7. Jika disabitkan kesalahan akan mempunyai rekod jenayah.
ADAKAH BULI KERAP BERLAKU?
Buli dalam pelbagai bentuk kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak tanpa pengetahuan ibu bapa atau guru. Simtom buli adalah pelbagai.
Buli dilakukan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan; tetapi kanak-kanak lelaki lebih cenderung menggunakan keganasan manakala kanak-kanak perempuan selalunya menggunakan cara emosi seperti pemulauan.
TANDA DAN GEJALA
Kebanyakan kes tidak dapat dikesan melainkan terdapat tanda fizikal atau mangsa memberitahu ibu-bapa ataupun guru.
Gejala-gejala yang wujud juga mungkin tidak spesifik seperti yang berkaitan dengan tekanan dan masalah perubatan seperti pening kepala, sakit perut dan sebagainya atau penurunan prestasi pelajaran.
Kanak-kanak mangsa buli lazimynya bersifat pasif dan lemah kemahiran komunikasi serta kurang keyakinan dalam meminta bantuan.
KOMPLIKASI : KESAN-KESAN BULI
Buli boleh menyebabkan kesan yang serius dan menyebabkan kematian. Lebih kurang 85% dari mangsa buli menderitai kesan psikologi jangka panjang dan mengalami penyakit berkaitan dengan tekanan dalam kehidupan di masa akan datang.
Masalah buli yang tidak dikawal akan mencetuslam gejala penderaan emosi/ mental seperti;
1. Tiada keyakinan diri
2. Rasa rendah diri
3. Prestasi pelajaran merosot
4. Kehadiran ke sekolah Rendah/ menurun
5. Masalah penyesuaian diri apabila dewasa
PENCEGAHAN : CARA-CARA MEMBANTU MANGSA BULI
1. Program Buddy : Rakan Bantu Rakan (RBR) atau Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Sukarelawan saling mengambil perhatian keselamatan antara satu sama lain sesama pelajar.
2. Maklumkan segera Ibu bapa mangsa (dibuli) dan pemangsa (pembuli).
3. Kaunseling penyelesaian masalah dan ikatan bon antara kanak-kanak . beserta ibubapa dan pihak sekolah.
4. Lakukan pemantauan terhadap kelakuan/perilaku pembuli dan keselamatan mangsa di sekolah dan persekitarannya secara menyeluruh.
PENCEGAHAN BULI DI SEKOLAH
1. Wujudkan polisi anti-buli tegas bahawa pihak sekolah tidak boleh terima (never acceptable) sebarang kes buli dalam kalangan pelajar.
2. Wujudkan sistem intervensi awal, bersepadu dan sistemik menyeluruh dalam membanteras gejala buli.
3. Wujudkan sistem penilaian persekitaran sekolah selamat, termasuk rutin pengawasan rapi.
4. Bina ruang dan peluang konstruktif pembinaan sahsiah dan penghargaan terhadap sekolah.
5. Tindakan penalti buli perlu segera dan konsisten.
6. Bina hubungan dan komunikasi kerjasama antara sekolah, ibu bapa, pelajar dan kejiranan sekolah.
7. Permudahkan sistem aduan supaya kanak-kanak rasa selamat untuk melapor.
8. Bina iklim budaya ilmu berasaskan toleransi dan saling hormat-menghormati secara menyeluruh.
LAPORKAN SEGERA KES BULI
KANAK-KANAK BOLEH DISELAMATKAN dengan hanya satu panggilan!
No comments:
Post a Comment